Ramadhan….

Kenapa MESTI suka bulan ramadhan?….MESTI…

Nafsu :
Ibadah puasa merupakan pembebasan daripada cengkaman nafsu. Oleh kerana itu Allah mewajibkan puasa untuk membebaskan manusia daripada belenggu nafsu dan memulakan langkah keluar daripada penjara jasadnya dan menewaskan belitan syahwatnya, meletakkan diri pada tahap keinsanan dan menyerupai para malaikat. Tidak hairan ruh orang berpuasa meningkat naik dan semakin dekat dengan Raja yang Tertinggi dan orang yang berpuasa mengetuk pintu langit dengan doanya lalu dibuka pintu langit, dan dia berdoa kepada Tuhannya lalu diperkenankan permintaannya, dan orang yang berpuasa memanggil-Nya lalu Allah berkata (maksudnya): “Aku menyahut panggilanmu hambaku, Aku menyahut panggilanmu”.
Kemungkinan inilah hikmahnya kenapa ayat tentang doa diselitkan di celah-celah ayat-ayat puasa. Firman Allah (maksudnya):“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran”. (Al-Baqarah: 186)

Masjid dimana2 :
Dunia Islam di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini bertukar seolah-olah menjadi sebuah masjid. Alangkah hebatnya! Dunia ini menjadi sebuah masjid yang amat besar, setiap sudutnya bergema dengan alunan ayat-ayat al-Quran, setiap batang tiangnya di kelilingi jutaan huffaz al-Quran! Mereka mengalunkan ayat-ayat suci yang diturunkan dari langit, diperdengarkan kepada seluruh penghuni bumi! Senario yang sungguh indah, menarik dan bergemerlapan!

Bangun malam :
Di bulan Ramadhan dipenuhi Qiamullail: Berqiamullail mengandungi kelebihan yang besar yang tidak dapat diatasi melainkan oleh solat yang fardu.
Daripada Abu Hurairah r.a secara marfu’ berkata:Nabi saw ditanya, apakah solat yang paling utama selepas solat fardu? Dan apakah puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan? Nabi menjawab: Solat yang paling utama selepas solat fadu ialah solat di tengah malam. Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan Haram”.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari, Rasulullah saw telah bersabda (maksudnya):“Di dalam syurga ada sebuah bilik. Diperlihatkan luarnya dari dalamnya dan diperlihatkan dalamnya dari luarnya yang Allah sediakan untuk orang yang memberi makan kepada orang lapar, orang yang lembut kata-katanya, orang yang sentiasa berpuasa dan orang yang solat ketika manusia sedang tidur”.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang Ramadhan (maksudnya):“Barangsiapa yang mendirikan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah tentulah dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan”.

Bulan jihad :
Bulan Ramadhan kekal mengurniakan kepada umat Islam kekuatan dan mengingatkan mereka kepada Perang Badar. Musuh Allah sebenarnya gentar untuk berhadapan dengan tentera muslimin di bulan Ramadhan kerana mereka yakin bahawa bulan Ramadhan membekalkan orang Islam dengan kekuatan yang tidak diperolehi pada bulan lain. Sesungguhnya orang-orang Russia menganggap Ramadhan adalah bulan malang kerana mereka pernah menerima kekalahan pada masa lalu. Mereka takut bulan jihad tiba ketika mereka sedang berperang dengan tentera Islam. Kalau itu berlaku pastinya mereka akan ditewaskan!

Bukan bulan menyerah dan malas :
Bulan ramadhan bahkan Ramadhan ialah bulan sabar yang memberikan bekalan jihad kepada seorang muslim. Bekalan yang pertama untuk berjihad ialah sabar dan kemahuan yang kuat. Sekiranya orang yang tidak mampu berjihad melawan nafsunya jauh sekali mampu melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu memenangi ke atas nafsu dan syahwatnya jauh sekali mampu memenangi perjuangan melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu bersabar menahan lapar dalam sehari jauh sekali mampu bersabar menghadapi perpisahan dengan keluarga dan tanah air demi mencapai matlamat yang besar.
(cubalah kalau kita berperang dlm bulan ramadhan, dgn bekalan2 amal yg x seberapa diselit dengan kemalasan,agak2 nya menang x?)
Kenapa kena & mesti suka bulan ramadhan?
Sebab….
Allah telah menyediakan jalan untuk membangkitkan ruh, menyihatkan jasad, menguatkan kemahuan, membiasakan diri menahan sabar, mengetahui nikmat, mendidik perasaan belas kasihan dan latihan untuk menyerah diri kepada Allah Tuhan seluruh alam secara total…
JOM!!!….berebutlah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s