testRun

<a href=”theMontage.mov” rel=”qtposter”>
<img src=”theMontage.jpg” width=”640″ height=”496″ alt=”theMontage”/>
</a>

Advertisements

Salam Maulidur Rasul 1432H / 2011


Assalamu Alaykum…masih belum terlambat untuk mengenang keISTIMEWAan dan sejarah perjalanan kehidupan dan PERJUANGAN Nabi yang kita sanjungi, Nabi Muhammad  S.A.W…. Moga baki2 hidup kita sebagai hamba Allah dan Ummat Nabi Muhammad mendapat keberkatan dan SYAFAAT di bawah keREDHOan Allah S.W.T…. “Allah tidak HAIRAN menciptakan seramai manapun MANUSIA tetapi Allah HAIRAN apabila seramai2 MANUSIA tidak berTAUBAT kerana takutkan BALASAN AZAB di AKHIRAT kelak…”….. Salam Maulidur Rasul kepada semua….

Salam Ma’al Hijrah 1432H

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertamaTakwim Hijrah.

Kelebihan Korban

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

 Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

 Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

 Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

 “Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

 Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

Magika : Magik dari KRU

Dari Perspektifku : Sekali pandang macamlah brader2 KRU nih wat filem untuk suke2, tapi itulah kehebatan yang diorang hasilkan berbekalkan pengalaman dan ilmu mereka. Walaupun ada orang kata Magika seakan2 Alice in Wonderland, yang penting ini menunjukkan satu kejayaan anak Malaysia membuktikan di Malaysia juga mampu ada filem seperti Alice ini Wonderland, tidaklah hanya dengan filem2 cinta sahaja. Watak2 juga sangat menarik, seperti mengembalikan aku ke zaman kanak2…Syabas…
Sinopsis:
Magika is a Malaysian fantasy movie about a boy (Fimie Don of Nasi Lemak Kopi O fame) who got lost in a fantasy world called Magika. His sister (played by the lovely Diana Danielle), then followed her brother footsteps venturing into the unknown world to find her brother. While on her way, she met mythical characters from Malay folklore. The characters among others are:
Pak Pandir (played by Aznil Hj Nawawi)
A dumb but ego old man who always like to put himself into trouble
Puteri Bunian (played by Maya Karin)
A princess from another world
Orang Minyak (played by comedian Nabil)
Literaly means Oily man…like to terrorise women
Bawang Putih and Bawah Merah (played by Sharifah Sisters, Aaliya and Amani)
In the real story, Bawang Merah is a horrible step sister of Bawang Putih and always get bullied by BAwang MErah
Badang (played by King of SMS, Mawi)
Badang is a strong man who gain his power by eating Djinns’ puke
Penunggu Tasik Chini (played by musical maestro M. Nasir)
The guardian of the Lake CHini who then turned into a dragon??
..and many more
Since this is a musical fantasy movie, KRU inserted a number of newsongs into the movie which are sang by the respective actors.
A number of first recorded by this movie:
1) the first musical fantasy movie in Malaysia
2) the first movie directed by Edry Abdul Halim of KRU
To date, the movie has recorded RM1.4 million in the box-office.

Ramadhan….

Kenapa MESTI suka bulan ramadhan?….MESTI…

Nafsu :
Ibadah puasa merupakan pembebasan daripada cengkaman nafsu. Oleh kerana itu Allah mewajibkan puasa untuk membebaskan manusia daripada belenggu nafsu dan memulakan langkah keluar daripada penjara jasadnya dan menewaskan belitan syahwatnya, meletakkan diri pada tahap keinsanan dan menyerupai para malaikat. Tidak hairan ruh orang berpuasa meningkat naik dan semakin dekat dengan Raja yang Tertinggi dan orang yang berpuasa mengetuk pintu langit dengan doanya lalu dibuka pintu langit, dan dia berdoa kepada Tuhannya lalu diperkenankan permintaannya, dan orang yang berpuasa memanggil-Nya lalu Allah berkata (maksudnya): “Aku menyahut panggilanmu hambaku, Aku menyahut panggilanmu”.
Kemungkinan inilah hikmahnya kenapa ayat tentang doa diselitkan di celah-celah ayat-ayat puasa. Firman Allah (maksudnya):“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran”. (Al-Baqarah: 186)

Masjid dimana2 :
Dunia Islam di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini bertukar seolah-olah menjadi sebuah masjid. Alangkah hebatnya! Dunia ini menjadi sebuah masjid yang amat besar, setiap sudutnya bergema dengan alunan ayat-ayat al-Quran, setiap batang tiangnya di kelilingi jutaan huffaz al-Quran! Mereka mengalunkan ayat-ayat suci yang diturunkan dari langit, diperdengarkan kepada seluruh penghuni bumi! Senario yang sungguh indah, menarik dan bergemerlapan!

Bangun malam :
Di bulan Ramadhan dipenuhi Qiamullail: Berqiamullail mengandungi kelebihan yang besar yang tidak dapat diatasi melainkan oleh solat yang fardu.
Daripada Abu Hurairah r.a secara marfu’ berkata:Nabi saw ditanya, apakah solat yang paling utama selepas solat fardu? Dan apakah puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan? Nabi menjawab: Solat yang paling utama selepas solat fadu ialah solat di tengah malam. Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan Haram”.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari, Rasulullah saw telah bersabda (maksudnya):“Di dalam syurga ada sebuah bilik. Diperlihatkan luarnya dari dalamnya dan diperlihatkan dalamnya dari luarnya yang Allah sediakan untuk orang yang memberi makan kepada orang lapar, orang yang lembut kata-katanya, orang yang sentiasa berpuasa dan orang yang solat ketika manusia sedang tidur”.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang Ramadhan (maksudnya):“Barangsiapa yang mendirikan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah tentulah dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan”.

Bulan jihad :
Bulan Ramadhan kekal mengurniakan kepada umat Islam kekuatan dan mengingatkan mereka kepada Perang Badar. Musuh Allah sebenarnya gentar untuk berhadapan dengan tentera muslimin di bulan Ramadhan kerana mereka yakin bahawa bulan Ramadhan membekalkan orang Islam dengan kekuatan yang tidak diperolehi pada bulan lain. Sesungguhnya orang-orang Russia menganggap Ramadhan adalah bulan malang kerana mereka pernah menerima kekalahan pada masa lalu. Mereka takut bulan jihad tiba ketika mereka sedang berperang dengan tentera Islam. Kalau itu berlaku pastinya mereka akan ditewaskan!

Bukan bulan menyerah dan malas :
Bulan ramadhan bahkan Ramadhan ialah bulan sabar yang memberikan bekalan jihad kepada seorang muslim. Bekalan yang pertama untuk berjihad ialah sabar dan kemahuan yang kuat. Sekiranya orang yang tidak mampu berjihad melawan nafsunya jauh sekali mampu melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu memenangi ke atas nafsu dan syahwatnya jauh sekali mampu memenangi perjuangan melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu bersabar menahan lapar dalam sehari jauh sekali mampu bersabar menghadapi perpisahan dengan keluarga dan tanah air demi mencapai matlamat yang besar.
(cubalah kalau kita berperang dlm bulan ramadhan, dgn bekalan2 amal yg x seberapa diselit dengan kemalasan,agak2 nya menang x?)
Kenapa kena & mesti suka bulan ramadhan?
Sebab….
Allah telah menyediakan jalan untuk membangkitkan ruh, menyihatkan jasad, menguatkan kemahuan, membiasakan diri menahan sabar, mengetahui nikmat, mendidik perasaan belas kasihan dan latihan untuk menyerah diri kepada Allah Tuhan seluruh alam secara total…
JOM!!!….berebutlah!!!

Ramadhan Kareem

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ “Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”

Lafaz Niat Puasa :
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

Gambar : melastikelangit | Hagia Sofya, Istanbul

bila masuk musim buah

Dia Maha Mengatur Rezeki pada semua hamba2NYA, malah tak pernah sesekali lalai dalam memastikan setiap hambaNYA mesti mengalas perut dengan makanan…Alhamdulillah… Maha Hebat adalah untukMU Ya Rabb. Kat UK skarang musim buah baru bermula, awal2 ni mula dengan cherry, strawberi, rasberi, macam2 lagi laa yang ‘ri’2 blakang dia…baru pagi tadi aku gi fruit picking kat area Doncaster kot, tak pasti lak tapi bawah skit nak ke selatan dari Doncaster, 1jam 14minit dari Leeds. Jadi gi lah petik buah2 ceri yang gebu2 tu, memang beso2 dan merah kehitam2an. Masuk ladang tu memang free, petik dan makan kat situ takyah bayar, tapi bila nak bawak kuar baru bayar kat kedai depan tapi banyak mana pun nak sumbat kat mulut tu bila petik kat ladang tu. Pastu sempat laa gak gi petik strawberi dan rasberi, wangi2 dan beso2. Indahnya ciptaanNYA….

My iTunes : Top 25 Most Played

  1. You Came To Me (English) Sami Yusuf 440
  2. 99_Asma_Ul_Husna Haddad Alwi 317
  3. Rahmat Quran ft Shila Haddad Alwi 261
  4. Hasbi Rabbi Ustaz Akhil Hyayy 202
  5. Selawat Siti Nurhaliza 197
  6. Asma Ul Husna Siti Nurhaliza 195
  7. Asma Allah Sami Yusuf 175
  8. Dengar Jeritan Kami ft Tasya Haddad Alwi 137
  9. Meditation Sami Yusuf 136
  10. Damai Bersama Mu Haddad Alwi 135
  11. Ya Rasulullah Siti Nurhaliza 135
  12. Ketika Cinta (OST. Perempuan Berkalung Sorban) Siti Nurhaliza 130
  13. Supplication Sami Yusuf 128
  14. Tempat Yang Termulia(versi. Bahasa Arab) Haddad Alwi 122
  15. FULLversion_Asma_Ul_Husna Haddad 108
  16. Pintu Rindu Siti Nurhaliza 106
  17. Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza 101
  18. Becoming one of “The People” Becoming one with Neytiri James Horner 97
  19. You Came To Me (English – Arabic) Sami Yusuf 96
  20. Batasku Asaku (OST Perempuan Berkalong Sorban) Siti Nurhaliza 96
  21. Ku Percaya Ada Cinta Siti Nurhaliza 89
  22. Maha Melihat Feat Amanda Opick 87
  23. Flywire Nike+ 84
  24. 04.Forever Palestine Sami Yusuf 83
  25. For the Rest of My Life Maher Zain 77

Gambar | 5 Julai 2010 | 9:33:34PM | tingkap rumah | Leeds

di bawah LangitMU…

Di Bawah Langitmu
Bersujud Semua
Memuji Memuja Asmamu
Dan Bertasbih Semua

Makhlukmu Tunduk
Mengharap Cinta Dan Kasihmu

Cahaya Ilahi
Hangatnya Di Hati
Di Langkah Sejuta Wajah
Terbata Penuh Salah
Jalani Sang Hidup
Terluka Terhempas Berdosa

Hitam Putih Jalan Hidup
Pahit Getir Warna Dunia
Tangis Tawa Rasa Hati
Terluka Atau Bahagia
Rasa Bangga Sementara
Setiap Duka Tak Abadi
Semuanya Wajah Kan Dipuji
Pada Allah Kita Kan Kembali